Kawalan Kualiti (ISO 9001:2008)

Sijil ISO 9001:2008 Exness

Pensijilan ISO 9001:2008 pada 14 Disember 2011 terhadap pengurusan kualiti perniagaan adalah piawaian antarabangsa yang jelas membuktikan sistem pengurusan syarikat Exness dapat memberikan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Dengan mendapat sijil tersebut membuktikan Exness adalah syarikat yang cekap, bertanggungjawab, pematuhan teknologi, proses perniagaan didokumenkan dan diketahui oleh semua pekerja dan prosedur kawalan kualiti digunakan secara menyeluruh di semua tempat kerja. Kakitangan yang bekerja di sebuah syarikat yang diiktiraf dengan ISO 9001:2008 adalah profesional dan terlatih serta mampu menjalankan tugas dengan baik.

ISO 9001:2008 memastikan Exness terus fokus untuk penambahbaikan dalam kualiti perkhidmatan, penggunaan teknologi dan memberikan keutamaan kepada pelanggan. Pendekatan yang praktikal dalam pengurusan perniagaan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan dan kami di Exness sangat berbangga kerana dapat menjadi antara syarikat kewangan yang bereputasi tinggi di dunia.