Apa Itu Excard

Konsep yang digunakan Excard adalah sama seperti prepaid telefon. Anda beli no kod prepaid (Excard) dan top up (deposit) ke akaun anda.

excard exness

Kelebihan Excard

  • Cepat (kurang dari 24 jam) dan mudah kerana adanya sokongan dari ejen tempatan.
  • Excard boleh dibeli dengan nilai matawang tempatan (RM).
  • Caj yang murah berbanding cara lain seperti bank wire, credit card dan sebagainya.
  • Transaksi dibuat menggunakan bank tempatan. Jadi semua orang boleh menggunakannya dengan selamat.

Bagaimana transaksi dibuat?

  1. Anda membuat pindahan duit ke akaun bank ejen. Kemudian anda hantar bukti pindahan tersebut bersama maklumat lain yang diperlukan kepada ejen.
  2. Setelah ejen menerima semua maklumat tersebut dan mengesahkannya, dia akan memberi kod excard kepada anda.
  3. Anda boleh deposit menggunakan kod tersebut di akaun trading.

Bank apa yang digunakan?

Ini adalah bergantung dengan ejen. Tetapi majoriti menggunakan Maybank dan CIMB.

Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat ejen?

Sila rujuk laman cara deposit excard.

Perhatian!
  • Prepaid Excard hanya boleh dibeli dari ejen Exness yang sah/berdaftar.
  • Selepas membeli Excard, ianya mestilah telah diaktifkan oleh ejen. Hanya selepas itu barulah boleh digunakan.
  • Jika anda ada masalah berkenaan Excard, sila hubungi ejen anda atau pun contact Exness support.